Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
40 Rumah Mesra SMJ setiap DUN tahun depan
Published on: Sunday, September 22, 2024
Published on: Sun, Sep 22, 2024
Text Size:
Text:
40 Rumah Mesra SMJ setiap DUN tahun depan
Jelas Hajiji, pelaksanaan inisiatif untuk manfaat rakyat itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan negeri pimpinannya dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembinaan 40 Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun depan, berbanding 20 rumah setahun sebelum ini.

Katanya, kira-kira 3,000 unit jumlah keseluruhan Rumah Mesra SMJ akan dibina pada tahun depan bagi membolehkan lebih ramai golongan miskin tegar belum memiliki rumah untuk diberikan bantuan itu.

Advertisement
“Sebelum ini kita beri setiap kawasan DUN sebanyak 20 Rumah Mesra SMJ untuk golongan miskin tegar, tetapi pada tahun depan kita akan tambah daripada 20 kepada 40 rumah.

“Ini kerana kita tahu ramai lagi yang tiada rumah dan perlu kita bela. Kita akan usahakan 3,000 rumah tahun depan untuk mereka yang dalam kategori miskin tegar,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, inisiatif itu bersama banyak lagi inisiatif lain, termasuk berkaitan pembangunan modal insan, hanya berlaku dalam kerajaan GRS-PH Plus.

Jelasnya, pelaksanaan inisiatif untuk manfaat rakyat itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan negeri pimpinannya dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.

Advertisement
Katanya, kerajaan pimpinan pembangkang sebelum ini tidak melaksanakan sebarang inisiatif yang menjurus kepada membela nasib rakyat kerana lebih menumpukan kepada mencari kesalahan kerajaan dan pemimpin terdahulu.

Sementara itu, Hajiji turut menyatakan keyakinannya terhadap potensi Sipitang untuk menjadi sebuah daerah yang maju berdasarkan kedudukannya yang strategik berhampiran Sarawak, Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Advertisement
Ketua Menteri berkata, rakyat Sipitang juga bakal merasai limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan menerusi pembukaan kilang dan perniagaan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip).

Katanya, kawasan perindustrian itu sudah penuh berdasarkan perjanjian yang ditandatangangi pelabur yang mahu membuka kilang dan perniagaan di kawasan berkenaan setakat ini.

“Di Sipitang ini rakyat kita perlu berbangga kerana kita ada Sogip, sekarang kawasan tanah di Sogip sudah penuh, banyak pelabur dari luar dan dalam negara sudah memeterai perjanjian untuk membuka kilang dan perniagaan di Sogip.

“Hanya dalam kerajaan ini (GRS-PH Plus) pelabur ramai datang. Walaupun sekarang belum kita nampak, tapi dalam masa terdekat atau tahun depan pelabur dijangka akan memulakan membuka kilang di Sogip.

“Sudah tentu manfaatnya rakyat Sipitang dapat. Jadi, memang Sipitang ini mempunyai masa depan besar kerana kedudukan strategik, dekat sempadan Sarawak, Brunei dan Labuan. Insya-Allah kita akan berjaya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here