Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Cadangan pusat dialisis percuma bagi B40 Sabah
Published on: Sunday, September 22, 2024
Published on: Sun, Sep 22, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Cadangan pusat dialisis percuma bagi B40 Sabah
RUSLAN (tengah) bersama peserta sebelum merasmikan pelepasan ‘Fun Run’ di majlis itu.
Kota Kinabalu: Sebuah pusat dialisis yang menawarkan perkhidmatan percuma untuk pesakit buah pinggang dari golongan kurang berkemampuan dan miskin akan diwujudkan dalam tempoh dua tahun di Sabah.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, cadangan itu kini dalam proses pihaknya bersama Pusat Zakat Sabah (PZS) membabitkan penyediaan keras kerja dan dokumen berkaitan.

Advertisement
“Usaha ini dilaksanakan di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) melalui PZS bagi memenuhi amanah pembayar zakat, yang sudah tentu mahu wang zakat yang dibayar memberi manfaat kepada ummah.

“Buat permulaan ini, kita bersama PZS sedang membuat penilaian dari segi kedudukan bangunan, termasuk aspek pemilikan bangunan, dan selepas itu kita akan sampaikan  kepada Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Mohd Noor).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita jangkakan usaha murni ini direalisasikan dalam tempoh dua tahun sebaik semua keperluan berkaitan selesai dan Beaufort menjadi lokasi cadangan pembinaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan ‘Fun Run’ anjuran Muis sempena Bulan Wakaf di Wisma Muis, di sini, Sabtu.

Advertisement
Ruslan berkata, kewujudan pusat dialisis itu amat diperlukan kerana insidens penghidap masalah buah pinggang di Sabah sangat kritikal, khususnya di Daerah Beaufort yang mencatatkan statistik tertinggi.

Menurutnya, pesakit buah pinggang terpaksa membelanjakan sehingga RM450 seminggu bagi mendapatkan rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu, yang sudah tentu tidak mampu dipenuhi golongan miskin. 

Advertisement
“Pusat dialisis ini amat diperlukan kerana pesakit terpaksa membelanjakan RM150 untuk setiap rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Itu belum campur kos perjalanan.

“Bayangkan tiga kali seminggu mendapatkan rawatan mencecah RM450, maknanya sebulan mereka terpaksa membelanjakan RM1,350 yang sudah tentu amat membebankan pesakit dari golongan B40 dan miskin,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, projek itu diharap turut mendapat perhatian individu berkemampuan di bawah Program Wakaf dilaksanakan Muis, sekali gus merealisasikan impian pesakit buah pinggang terlibat.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here