Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pernas sasar biaya francais RM4 juta di Sabah tahun ini
Published on: Sunday, September 22, 2024
Published on: Sun, Sep 22, 2024
Text Size:
Text:
Pernas sasar biaya francais RM4 juta di Sabah tahun ini
Ewon menyeru usahawan-usahawan di Sabah supaya menggunakan peluang yang disediakan oleh Kuskop dan Pernas untuk membangunkan perniagaan melalui akses pasaran, bantuan dan bimbingan yang disediakan.
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan potensi pembiayaan usahawan francais RM4 juta di Sabah tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Ewon Benedick berkata setakat ini, Pernas membiayai 69 usahawan di Sabah sejak 2009 dengan nilai pembiayaan sebanyak RM12.7 juta. 

Advertisement
“Industri francais di Sabah dilihat  berkembang positif dan saya bangga kerana terdapat pelbagai jenama francais home-grown Sabah dan pelbagai jenama lain yang dilihat berpotensi dikembangkan seperti jenama francais antarabangsa yang lain. 

“Perkembangan positif ini seharusnya menjadi pemangkin kepada bakal usahawan serta usahawan di Sabah untuk menceburkan diri dalam perniagaan francais,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Pernas, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Sabtu.

Ewon berkata, jenama tempatan Sabah perlu diangkat dan dibawa ke persada global. 

Advertisement
“Saya mahu melihat lebih ramai usahawan francais dapat dilahirkan di Sabah. Pada Julai lalu, saya menyertai misi perdagangan antarabangsa berkaitan francais ke Thailand dan saya amat kagum melihat jenama tempatan yang sudah menempa nama di luar negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru usahawan-usahawan di Sabah supaya menggunakan peluang yang disediakan oleh Kuskop dan Pernas untuk membangunkan perniagaan melalui akses pasaran, bantuan dan bimbingan yang disediakan.

Advertisement
Mengenai karnival ini, Ewon berkata penganjuran karnival yang julung kali diadakan bertujuan memperkasa keusahawanan francais dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) setempat melalui perkhidmatan dan produk Pernas dan agensi-agensi Kuskop. 

Selain itu, katanya, ia menggalakkan penyertaan orang ramai dalam bidang keusahawanan, khususnya dalam bidang francais dan mempromosi produk serta perkhidmatan usahawan setempat.

“Karnival ini merupakan platform terbaik untuk pihak kementerian dan agensi turun padang mempromosikan bidang keusahawanan kepada orang ramai,” katanya.

Lebih 100 usahawan dan pempamer perniagaan menyertai karnival ini iaitu usahawan francais, prafrancais, usahawan tempatan yang mempromosikan perkhidmatan, makanan, bahan segar, kraftangan, produk tradisional serta trak makanan.

Pada majlis ini, turut diadakan Sesi Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pernas dan Serai Group Sdn Bhd (Serai Group) yang bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam pembangunan perniagaan, pengembangan pasaran dan inisiatif sokongan keusahawanan. 

Hadir sama Ketua Setiausaha Kuskop Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah (Mide) Datuk Thomas Logijin, dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (Maffi) Leonard Stephen Poyong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here