Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Majlis Baca Puisi Bandaraya Kota Kinabalu meriah
Published on: Sunday, September 22, 2024
Published on: Sun, Sep 22, 2024
Text Size:
Text:
Majlis Baca Puisi Bandaraya Kota Kinabalu meriah
JASNI (kedua, kiri) menyampaikan cendermata kepada Karim di majlis itu sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.
Kota Kinabalu: Majlis Baca Puisi Bandaraya Kota Kinabalu, yang disekalikan dengan penutupan Festival Sastera Antarabangsa Malaysia Madani 2024 di Lintasan Deasoka, pada malam Sabtu berlangsung meriah.

Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata, program kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu berlangsung gilang-gemilang, selain sangat signifikan dalam usaha DBKK mendapatkan kerjasama dan membina hubungan sinergi yang lebih baik dengan pelbagai pihak, bagi menjadikan Kota Kinabalu diiktiraf oleh Unesco sebagai Kota Sastera Dunia dalam tempoh beberapa tahun ini.

Advertisement
“Dengan sokongan beberapa pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaysia Sabah, Kolej Yayasan Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah, Institut Development Study of Sabah, badan bukan kerajaan seperti Bahasa, Ikatan Penulis Sabah (IPS), Gapena, serta Komunitas Puisi Esei Asean, saya yakin usaha dan cita-cita murni ini akan menjadi kenyataan,” kata Jasni. 

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama media selepas majlis perasmian Baca Puisi Bandaraya Kota Kinabalu dan Penutupan Festival Sastera Antarabangsa Malaysia Madani 2024, di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, pada malam Sabtu. 

JASNI bergambar kenangan bersama barisan tetamu jemputan khas semasa majlis perasmian majlis Baca Puisi itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan dan Penguatkuasaan DBKK Karim Rahim, bagi mewakili Mayor Bandaraya Dato’ Sri Dr Sabin Samitah, turut dihadiri oleh Pengerusi Mahkamah Industri Negeri Sabah Datuk Indra Haji Ayub, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat DBKK Dr Benedick Oliver Lidadun, Timbalan Pengarah 1 DBP Cawangan Sabah Jenitah Nordin, Sasterawan Negeri Sabah ketiga Hasyuda Abadi dan pengerusi pelaksana program, Abd Karim Gullam. 

Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah, optimis usaha menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai Kota Sastera Dunia, akan tercapai sekiranya semua pihak bergerak ke arah itu. 

Advertisement
“Sebagai langkah awal DBKK sudah pun merintis penganjuran majlis Baca Puisi Bandaraya Kota Kinabalu yang meriah serta mendapat sambutan yang positif, dengan kerjasama Bahasa serta beberapa pihak lain, yang mana sudah pasti mempermudahkan lagi perancangan kita untuk mendapat pengiktirafan itu,” kata Jasni.

Beliau turut berkata, program baca puisi ini mesti dibuat secara konsistan, selain program sastera lain. 

Advertisement
“Malah kita juga mahu mencadangkan dan memohon pertimbangan daripada Kerajaan Sabah serta Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, agar Lintasan Deasoka ini dibangunkan semula sebagai dataran seni terbuka, yang lengkap dengan kemudahan logistik dan infrastruktur yang bersesuaian untuk sebarang persembahan kesenian, dan menjadi tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa,” kata Jasni.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here