NABAWAN: Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) membelanjakan hampir RM10 juta di bawah program Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Madani (IKRaM), memberi manfaat kepada 19,169 Isi Rumah (IR) yang berdaftar dengan sistem e-Kasih sejak 2019 di seluruh negara.
Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah Samsul Dollah berkata, bagi Sabah tahun ini seramai 610 IR masing-masing menerima bantuan di bawah Program Didik Kasih: Peranti Madani (Permai) dan Program Usaha Kasih: Peningkatan Pendapatan (uKasih), program Ziarah Kasih Ihsan Ramadan (ZiKiR), Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha, Kembali ke Sekolah, Kasih Siswa, Jelajah IKRaM dan Umrah Impian dan juga Program dKasih Bantuan Peralatan Komputer Riba (Permai).
“Ini melibatkan sumbangan melebihi RM100,000 bersama rakan strategik iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad sebagai penyumbang dana menyasarkan golongan pelajar dan peniaga kecil-kecilan sebagai penerima sumbangan,” katanya.
Advertisement





