TAMPARULI: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diyakini boleh menang besar dalam Pilihanraya (PRN17) akan datang ini.
Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) Datuk Robert Tawik berkata, kerjasama antara kesemua anggota parti gabungan itu nanti sudah pasti akan membuahkan hasil yang cukup bagus.
“Ahli-ahli StarSabah Bahagian Tamparuli boleh merealisasikan kemenangan ini bila melihat kepada hasil perjuangan selama ini khususnya di kawasan ini yang majoritinya diduduki oleh KDM.
Dun Tamparuli akan menyumbang kepada satu lagi kerusi untuk GRS pada PRN17 yang bila-bila sahaja akan berlaku” jelas Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor itu berucap ketika merasmikan Penutupan Program Retreat Kepimpinan StarSabah Bahagian N14 Tamparuli di sini pada Sabtu.
Turut kelihatan hadir sama ialah Naib Presiden StarSabah Mohd Lin Hj Harun, Ketua Bahagian Bengkoka Matlin, Ketua Exco Wiranita Sabah Kerry Chee, Ketua Bahagian Tamparuli John Jonitoh dan Timbalan Exco Wiramuda Razzidin Robert.