Kota Kinabalu: Jabatan Penjara Malaysia menjalin kerjasama dengan hampir 200 syarikat dalam memberi peluang pekerjaan kepada bekas prospek (penghuni penjara) yang tamat menjalani hukuman.
Timbalan Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Marzuki Azmi Bidi berkata, pihaknya menjalin kolaborasi dengan syarikat-syarikat swasta dalam menjayakan ‘Corporate Smart Internship’.
Beliau berkata, syarikat-syarikat korporat sentiasa menambahbaik kerjasama yang terjalin bersama Jabatan Penjara dalam pengambilan tenaga kerja dalam kalangan bekas prospek.
Menerusi kerjasama pintar sebegitu, ia dapat menghakis stigma masyarakat terhadap bekas prospek. Biasanya apabila dibebaskan, prospek sukar untuk mendapat pekerjaan disebabkan stigma masyarakat.
Advertisement





