Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis Tawau tumpaskan geng pecah rumah
Published on: Monday, September 23, 2024
Published on: Mon, Sep 23, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Polis Tawau tumpaskan geng pecah rumah
TIGA ahli Geng Ali Baba Gang yang ditangkap. (Gambar Polis Tawau)
TAWAU: Polis di sini menumpaskan Geng Ali Baba Gang yang disyaki terlibat kegiatan kes pecah rumah di sini susulan penahanan tiga ahlinya dalam siri serbuan berasingan, Jumaat lalu.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek pertama, warga tempatan, 21, ditangkap di Kg Inderasabah yang membawa kepada rampasan satu set pembesar suara.

Advertisement
Hasil tangkapan, katanya, ia membawa kepada tangkapan suspek kedua, seorang warga asing. 30an, di kampung sama dan polis merampas lebih banyak barangan dipercayai hasil kes pecah rumah, yang ditemukan di kediaman warga asing itu.

“Suspek ketiga iaitu lelaki warga tempatan berusia 60an pula ditangkap hasil serbuan di Kg Wakuba yang membawa kepada rampasan sebuah amplifier dan sebuah komputer riba,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasmin berkata, kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis menggerakkan operasi bagi mengesan Geng Ali Baba yang disyaki terlibat kes pecah rumah membabitkan seorang mangsa penjawat awam.

Advertisement
Katanya, mangsa membuat laporan polis selepas mendapati rumah kebun miliknya di Jalan Garson Spur Apas - Balung dipecah-masuk dan beberapa peralatan didapati hilang.

Tambahnya, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Sri Indah sebelum sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau, menggerakkan operasi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here