TAWAU: Seorang wanita dan adik lelaki tirinya yang didakwa membunuh bekas suami wanita itu awal tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Tawau pada Selasa.
Nurima Juli, 35, dan Sadam Kiram, 30, masing-masing mengangguk faham pertuduhan dan membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Datuk Duncan Sikodol.
Mereka didakwa mencapai niat bersama membunuh pemandu e-hailing, Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, di antara jam 7.30 hingga 11.30 malam, pada 13 Januari 2023.