TAWAU: Tiga kereta mengalami kerosakan apabila sebuah garaj dihempap pokok tumbang dalam insiden di Kg Tanjung Batu Laut, di sini, pada pagi Selasa.
Menurut pihak bomba, sebuah jentera bersama sepasukan lapan anggota dikerah ke lokasi sejauh lima kilometer selepas menerima panggilan menerusi talian balai.
Pasukan tersebut kemudiannya bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang itu menggunakan gergaji berantai, kata bomba, sambil menambah tiada kemalangan jiwa atau individu cedera dilaporkan.