NAINAH Nasip menerima kegembiraan berganda apabila dinobatkan sebagai juara Bintang Patriot Sandakanfm 2024 ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-37.
Menewaskan lima finalis lain, gelaran itu hadir bersama wang tunai RM2,000 dan trofi.
Nainah yang membawakan lagu Hati nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhalizah turut memenangi Vokal Terbaik dan membawa pulang RM3,000 berserta trofi.
“Saya gembira dan terharu kerana tidak menyangka akan menjadi juara semasa sambutan hari lahir saya.
Advertisement





