Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lebih 8,000 prospek di Sabah dipantau Retrack
Published on: Tuesday, September 24, 2024
Published on: Tue, Sep 24, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Lebih 8,000 prospek di Sabah dipantau Retrack
RAMZAH (tengah) ketika merasmikan aplikasi Retrack di Dewan IDS Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Lebih 8,000 prospek (bekas banduan) di Sabah kini dipantau menerusi aplikasi Retrack yang dibangunkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah.

Retrack yang dibangunkan sejak empat tahun lalu kini digunakan secara rasmi pada tahun ini untuk membantu Jabatan Penjara di Sabah untuk memantau bekas prospek yang telah kembali kepada komuniti.

Advertisement
Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah, Datuk Ts Dr Ramzah Dambul berkata, tujuan aplikasi itu dibina adalah untuk meningkatkan keberkesanan bukan saja ketika prospek di dalam penjara tetapi juga ketika mereka sudah diintegrasikan kepada masyarakat di luar.

Malah katanya lagi, aplikasi itu turut memudahkan pegawai atau petugas penjara yang sebelum ini melakukan pemantauan secara manual tetapi kini lebih cepat dan pantas selain dengan aplikasi tersebut tanpa memerlukan tenaga kerja yang ramai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Aplikasi ini adalah berasaskan web juga, dimuat naik ke dalam telefon pintar masing-masing bukan saja pegawai penjara tetapi juga bekas banduan yang sudah berada dalam industri (pekerjaan).

“Jadi setakat ini aplikasi Retrack boleh memanfaatkan lebih 8,000 bekas banduan di seluruh Sabah. Malah ia bukan hanya digunakan dalam industri tetapi untuk pemantauan prospek yang dibebaskan dan diintegrasikan kepada masyarakat,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Retrack dan simposium di Dewan IDS di sini pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Labuan, Abd Rauf Lang Pasih dan Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS, Prof Madya Dr Lai Yew Meng.

Advertisement
Katanya lagi, aplikasi Retrack turut mendapat maklum balas positif daripada Jabatan Penjara di Sabah dan berhasrat untuk memperluaskan lagi penggunaannya bukan saja di negeri ini tetapi di seluruh negara.

“Kita bekerjasama dengan Jabatan Penjara dan mereka pun sangat positif supaya kita boleh perluaskan penggunaannya ke seluruh Sabah. 

“Tetapi sudah tentu ada banyak penambahbaikan untuk kita dilaksanakan dalam sistem ini, misalnya kita akan masukkan elemen penilaian kesihatan mental seperti yang kita bincangkan dalam simposium tadi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here