KENINGAU: Sepasang adik beradik berumur dua tahun dan dua bulan dilaporkan hilang selepas rumah kongsi mereka dirempuh kepala air di ladang Syarikat Kitam Sendirian Berhad, Sook, di sini, pada Selasa
Ketua Polis Keningau Supt Yampil Garai berkata banjir besar melanda secara tiba-tiba di kawasan rumah kongsi yang dihuni oleh keluar mangsa selepas hujan lebat turun beberapa jam di kawasan ladang tempat ibubapanya mangsa bekerja.
“Ibubapa mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anak mereka yang sedang dihanyutkan banjir, tetapi gagal kerana kedua mereka turut dihanyutkan banjir yang deras…ibubapa mangsa juga cedera,” jelasnya.