Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM65 juta dana pinjaman pelajar bantu 15,000 belia Sabah
Published on: Wednesday, September 25, 2024
Published on: Wed, Sep 25, 2024
By: Nikko Fabian
Text Size:
Text:
RM65 juta dana pinjaman pelajar bantu 15,000 belia Sabah
Pamela berkata, Tabung Pinjaman Pelajar TAR-UMT berjumlah RM346,000 ditawarkan kepada 25 pelajar bagi tahun akademik 2023 dan 2024. - FOTO FMT.
Kota Kinabalu: Wanita MCA Sabah memberikan lebih daripada RM65 juta dalam bentuk pinjaman pelajar kepada 15,000 belia kurang berkemampuan di negeri ini yang melanjutkan pengajian tinggi.

Pengerusinya Datuk Dr Pamela Yong berkata Tabung Pinjaman Pelajar Wanita TARC-MCA Sabah, yang dimulakan pada 1979, adalah dana pusingan tanpa faedah untuk pelajar Sabah.

Advertisement
“Adalah komitmen dan matlamat kami untuk pelajar Sabah mendapat manfaat daripada dana itu kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam membantu rakyat keluar daripada kemiskinan dan membina sebuah negara,” katanya semasa mesyuarat agung tahunan Wanita MCA Sabah.

Beliau berkata Wanita MCA Sabah akan mengumpul dana setiap tahun untuk memastikan lebih ramai anak Sabah boleh mendapat manfaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dana itu dikumpul melalui sumbangan daripada alumni, syarikat, yayasan, dermawan dan rakyat Malaysia yang berniat baik,” katanya sambil menambah ia komited untuk memastikan pendidikan berkualiti mampu milik boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia, termasuk rakyat Sabah.

“Kami melihat cawangan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR-UMT) ditubuhkan dengan kampus yang menawarkan pendidikan tinggi untuk 3,000 pelajar. Yuran juga 40 peratus lebih murah daripada institut pengajian tinggi,” tegasnya.

Advertisement
Tabung Pinjaman Pelajar TAR-UMT ditubuhkan untuk membantu pelajar yang memerlukan dan layak untuk melanjutkan pelajaran dan menamatkan pengajian tinggi.

Graduan digesa membayar balik pinjaman mereka dengan kadar segera bagi memastikan dana itu dapat meneruskan pemberian pinjaman kepada pelajar semasa dan akan datang.

Advertisement
Pamela berkata, Tabung Pinjaman Pelajar TAR-UMT berjumlah RM346,000 ditawarkan kepada 25 pelajar bagi tahun akademik 2023 dan 2024.

Pada masa yang sama, beliau berkata biasiswa dermasiswa untuk warga miskin dan Pribumi Sabah, berjumlah RM380,000, diberikan kepada 13 pelajar.

“Sejak 2016, biasiswa dermasiswa berjumlah RM860,000 memberi manfaat kepada 37 pelajar Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here