Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bangunan sekolah, restoran dan kereta terbakar
Published on: Thursday, September 26, 2024
Published on: Thu, Sep 26, 2024
By: Patimang Abdul Ghani, Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Bangunan sekolah, restoran dan kereta terbakar
bangunan sekolah di Kudat.
KUDAT: Bangunan Sekolah Kebangsaan St Peter terbakar 40 peratus manakala stor sekolah berkenaan terbakar 100 peratus dalam kejadian awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Penolong Penguasa Bomba, Ishak Jabas berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Advertisement
Ishak berkata, pasukan bomba 17 anggota termasuk tujuh pegawai bomba sukarela bersama sebuah jentera, sebuah EMRS dan tiga kenderaan utiliti tiba di lokasi kejadian pada jam 7.01 pagi setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 7 pagi.

Katanya, pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan satu aliran 300 kaki dua pancutan, sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

KEBAKARAN restoran di Sandakan.

Sementara itu, di SANDAKAN, sebuah restoran di Bandar Indah Batu 4, dekat sini juga terbakar pada pagi Rabu. 

Advertisement
Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan yang tiba di lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 pagi berjaya mengawal api daripada merebak ke kedai berdekatan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, kebakaran tersebut memusnahkan 15 peratus dapur restoran.
Advertisement
Tiada mangsa dilaporkan, manakala punca dan kos kerugian masih dalam siasatan. 

Dalam kejadian berasingan, pasukan bomba turut memadam sebuah kereta Perodua Kancil yang terbakar di Bulatan Fajar, Jalan Airport Batu 7 pada malam Selasa.

Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.25 malam dan berjaya memadam kebakaran pada jam 9.44 malam. Perodua Kancil tersebut terbakar 80 peratus namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here