Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
5 pelajar terima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah luar negara
Published on: Thursday, September 26, 2024
Published on: Thu, Sep 26, 2024
Text Size:
Text:
5 pelajar terima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah luar negara
HAJIJI (kelima, kanan) bersama lima pelajar Sabah dan wakil mereka.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara Tahun 2024 kepada lima pelajar Sabah di pejabatnya, di Menara Kinabalu, pada Rabu.

Mereka ialah Allen Martin Jumin (Kursus Perubatan - University College Dublin, Ireland), Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia - University of Manchester, United Kingdom (UK)), Muhammad Iezhanuddin Ramlin (Kursus Sains Komputer, Northumbria University, UK), Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar - Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).

Advertisement
BKNS Ke Luar Negara ditawarkan kepada anak-anak Sabah yang memperolehi keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datik Zainudin Aman, Pengarah Bahagian BKNS, Emas Sanjongan Datu Okar dan Ahli Jawatankuasa BKNS.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik di pejabatnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here