Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Syarikat JETAMA Sdn Bhd Menyumbang Produk untuk Rehabilitasi Pesakit  Majlis Penyerahan Berlangsung di Universiti Malaysia Sabah
Published on: Friday, September 27, 2024
Published on: Fri, Sep 27, 2024
Text Size:
Text:
Syarikat JETAMA Sdn Bhd Menyumbang Produk untuk Rehabilitasi Pesakit  Majlis Penyerahan Berlangsung di Universiti Malaysia Sabah
Kiri: Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS dan Acara Simbolik HUMS (kanan) menerima sumbangan Mesin Painbot.
Syarikat JETAMA Sdn Bhd sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan Sabah, telah menyerahkan sumbangan kepada Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) pada 25 September 2024.

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuasi UMS itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor turut dihadiri oleh delegasi syarikat, pegawai-pegawai utama dan kanan universiti, pengurusan tertinggi HUMS, serta rakan-rakan media.

Advertisement
Sebuah Mesin Painbot yang bernilai RM380,000.00 telah disumbangkan kepada HUMS sebagai sebahagian dari usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya atau SMJ.

Program ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat JETAMA Sdn Bhd dalam membantu memastikan rakyat mendapat kehidupan yang sejahtera.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak membantu tenaga pengajar serta pelajar-pelajar secara khasnya dan UMS secara amnya untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta kemahiran setara dengan peningkatan teknologi baru ini.

Secara tidak langsung kita semua dapat mempertingkatkan serta membangunkan potensi modal insan untuk lebih berdaya saing, khususnya dalam sektor perkhidmatan kesihatan,” kata Encik Ahmad Naim Uddang, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat JETAMA Sdn Bhd.

Advertisement
Mesin Painbot ini merupakan peralatan terkini dalam bidang rehabilitasi yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Sabah, malah di seluruh kepulauan Borneo.

Mesin ini turut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang khusus untuk rehabilitasi pesakit.

Advertisement
Sehingga kini, Mesin Painbot telah memanfaatkan seramai 627 pesakit sejak peralatan ini diperkenalkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Jetama Sdn Bhd UMS
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here