Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Tindakan lklim Sabah yang bertindak dalam menetapkan hala tuju dan menyelaras projek-projek mitigasi dan adaptasi perubahan iklim di peringkat negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya, Sabah telah membuat pindaan ke atas Ordinan Tanah Sabah Bab 68, dengan memasukkan peruntukan perundangan berkaitan penyimpanan karbon yang mula berkuat kuasa pada 19 Jun 2023.
“Selain itu, Sabah juga baru sahaja menyelesaikan kajian inventori "greenhouse gas" Sabah dan penilaian kerentanan untuk pembangunan Dasar Perubahan lklim Sabah ke arah pembangunan rendah karbon Sabah,” katanya menurut kenyataan media.
Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibaca di sesi libat urus Kementerian Ekonomi Malaysia bersama Kerajaan Negeri Sabah mengenai pelaksanaan inisiatif pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon di Malaysia di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, pada Jumaat.