Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sumbangan untuk 103 bakal pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Published on: Saturday, September 28, 2024
Published on: Sat, Sep 28, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sumbangan untuk 103 bakal pelajar Institusi Pengajian Tinggi
ARIFFIN (tengah, belakang) bersama sebahagian pelajar dan ibu bapa penerima sumbangan pada majlis itu.
MEMBAKUT: Majlis Jejak Menara Gading Kali Ke-16 menyaksikan seramai 103 pelajar dari kawasan ini yang akan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) menerima bantuan pendidikan, di sini.

Bantuan itu merupakan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Dr. Ariffin Arif dan disampaikan sendiri oleh beliau di majlis yang diadakan di Dewan Sri Wawasan, di sini, Khamis lepas.

Advertisement
Daripada jumlah itu, 83 penerima adalah di peringkat ijazah manakala selebihnya masing-masing di peringkat Diploma dan Asasi.

Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, majlis itu adalah acara tahunan pihaknya sejak 2008 lalu bagi membantu semua anak-anak Membakut yang terpilih ke IPT.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada masa sama katanya, inisiatif berkenaan juga dapat meringankan sedikit beban ibu bapa pelajar terbabit khususnya membabitkan kos penerbangan dan pendaftaran ke IPT.

“Ini acara tahunan kita sejak 16 tahun lalu dan masih dilaksanakan sehingga hari ini bagi membantu anak-anak kita yang terpilih ke IPT, seterusnya dapat meringankan sedikit beban ibu bapa mereka,’ katanya.

Advertisement
Ariffin berkata, kerajaan negeri juga menyediakan banyak bantuan pendidikan seperti biasiswa dan pelbagai program lainnya dalam usaha memperkasa pendidikan anak-anak Sabah.

Menurutnya, antara bantuan itu termasuk, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Biasiswa Yayasan Sabah dan Inisiatif Pembangunan Pendidikan Sabah yang merangkumi pelbagai program pemerkasaan pendidikan.

Advertisement
“Sudah ramai pelajar kita bantu menerusi semua program ini dan saya minta semua pelajar ambil peluang daripadanya kerana ini adalah inisiatif kita di bawah agenda ‘Sabah Maju Jaya’ (SMJ),” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here