Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita melecur ketika redah api
Published on: Sunday, September 29, 2024
Published on: Sun, Sep 29, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Wanita melecur ketika redah api
ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran itu.
RANAU: Seorang wanita berusia 47 tahun melecur di muka dan tangan selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Langkau, Ranau, pada pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, seorang kanak-kanak terjaga untuk ke tandas apabila kebakaran dilihat di bahagian atas siling dapur.

Advertisement
Katanya, ketika itu terdapat dua sekeluarga seramai 12 orang di rumah itu, di mana kesemua mangsa sempat bergegas keluar dari rumah sebelum api mula merebak.

Bagaimanapun, mangsa masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan beberapa barang penting yang tertinggal di dalam rumah itu sehingga menyebabkan dia melecur.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ridwan berkata, lapan anggota bomba diketuai Komander Operasi, PBK II Mastin Suli bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian yang terletak 25km dari balai, kami mendapati berlaku kebakaran sebuah rumah dua tingkat separa kekal dengan 80 peratus hangus.

Advertisement
“Dilaporkan terdapat seorang mangsa wanita melecur di muka dan tangan dan pasukan Bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya ke hospital dengan jentera EMRS untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here