Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
UMS terima 4,545 pelajar baharu sesi 2024/2025
Published on: Sunday, September 29, 2024
Published on: Sun, Sep 29, 2024
Text Size:
Text:
UMS terima 4,545 pelajar baharu sesi 2024/2025
KASIM menyantuni ibu bapa serta pelajar antarabangsa yang mendaftar.
Kota Kinabalu: Seramai 4,545 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kemasukan sesi 2024/2025 yang mula mendaftar pada Sabtu dan hari ini. 

Menurut Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, jumlah tersebut melibatkan 3,640 pelajar di UMS Kampus Kota Kinabalu, 701 pelajar di UMS Kampus Antarabangsa Labuan, dan 204 pelajar di Fakulti Pertanian Lestari Kampus Sandakan.

Advertisement
“Jumlah ini merangkumi 3,286 (72.3 peratus) pelajar dari Sabah, 718 (15.8 peratus) dari Semenanjung Malaysia, 470 (10.3 peratus) dari Sarawak, dan 56 (1.2 peratus) dari Wilayah Persekutuan Labuan.

“15 pelajar selebihnya merupakan pelajar antarabangsa dari lima negara iaitu China, Jepun, Brunei, Pakistan dan Indonesia,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan pendaftaran pelajar di sini, Sabtu.

Kasim turut memaklumkan, berdasarkan statistik tersebut, sejumlah 1,468 orang atau 32 peratus adalah pelajar lelaki, manakala 3,077 orang atau 68 peratus merupakan pelajar perempuan. 

Advertisement
“Pengambilan pelajar pada sesi ini turut merangkumi tawaran prasiswazah laluan khas UMS iaitu sebanyak 2,579 bagi pelajar B40 ambilan UPUonline, sembilan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), 11 atlet sukan, dan dua Orang Asli.

“Kesemua pelajar baharu akan mengikuti program Minggu Suai Mesra (MSM) sehingga 6 Oktober ini sebagai persiapan bagi menyesuaikan diri dalam suasana kehidupan kampus,” katanya.  

Advertisement
Dalam pada itu, Kasim ketika melakukan tinjauan di kolej-kolej kediaman memaklumkan, kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolej kediaman termasuk bekalan air berada pada tahap yang baik dan bersedia untuk menampung keperluan pelajar pada sesi pengajian ini. 

“Pentadbiran universiti juga menetapkan masa-masa tertentu yang berbeza bagi urusan pendaftaran antara pelajar baharu sebagai usaha untuk mengelakkan kesesakan pada hari pendaftaran.

“Justeru, dapat dilihat suasana dan proses pendaftaran pada hari ini begitu teratur hasil penambahbaikan yang dilakukan,” ujar beliau.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here