Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Waspada ‘peguam’ tuntut hutang
Published on: Sunday, September 29, 2024
Published on: Sun, Sep 29, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Waspada ‘peguam’ tuntut hutang
Polis menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati kerana mereka berkemungkinan kehilangan semua simpanan mereka kepada penipu.
BEAUFORT: Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah menasihatkan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan individu mengaku peguam bagi pihak syarikat Singer, dengan menuntut bayaran kononnya mereka masih berhutang.

Beliau menasihatkan mana-mana pihak agar merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi meragukan.

Advertisement
Ismail menegaskan polis tidak akan sesekali menjadi orang tengah dalam pengurusan mana-mana hutang syarikat atau individu.

Beliau menjelaskan, penipu ini menjalankan tipu dayanya dengan menuntut hutang yang dibuat oleh pihak tertentu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dan jika tidak dibayar, mereka mengugut akan membekukan akaun simpanan mangsa dengan menyatakan Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212).

“Kami menerima beberapa aduan mengenai hutang yang tidak pernah wujud dan ugutan membekukan akaun simpanan,” katanya.

Advertisement
Salah seorang pengadu Abd Sani Mokjin telah membuat aduan pada 11.46 pagi Rabu selepas menerima satu panggilan nombor 017-7337592 daripada seorang bernama James, yang mendakwa mewakili Singer.

Individu tersebut menyatakan nama, nombor peribadi beliau serta notis tuntutan hutang sebanyak RM6,430.  

Advertisement
Abd Sani telah pun melunaskan hutangnya 15 tahun lalu di mana penama Tini @ Fatimah Ahmad menggunakan namanya.

“Mereka berani menggunakan nama Ibu Pejabat Polis Beaufort sebagai perantara dan seorang pegawai bernama Kpl Zara dengan unsur ugutan bagi pihak Singer.

“Pengadu datang ke IPD  dan mendapati tiada Kpl Zara di situ. Setelah memastikan perkara itu, pengadu terus datang ke Balai Polis Beaufort untuk membuat laporan polis untuk perhatian pihak Singer dan CelcomDigi,” katanya.

Sebelum itu, polis juga menerima aduan daripada  seorang wanita bernama Norhayani Awang pada 19 Sept lepas, yang menerima pesanan WhatsApp dari nombor 017-5534007 kira-kira 9.26 pagi dan mengaku dari pasukan guaman Singer, menyatakan tuntutan sebanyak RM560 atas saman tidak dibayar.

Penipu itu menyatakan pengadu (Norhayani) mesti membayar  sebelum atau pada hari itu juga bagi penangguhan notis pembekuan akaun simpanannya. Seperti Abd Sani, memang benar Norhayani pernah berhutang, tetapi sudah melunaskannya pada 2019.

Dia membuat laporan polis di balai dan membawa salinan laporan itu ke Kementerian Pengguna Dalam Negeri (KPDN) untuk siasatan lanjut.

“Menurut jurucakap KPDN, mereka menjalankan siasatan sehingga dua pegawai Singer Kota Kinabalu hadir ke pejabat KPDN dan menafikan mereka membuat tuntutan itu.

“Ini jelas perbuatan ‘scammer’ yang sengaja menuntut bayaran dan menakut-nakutkan dengan mengugut orang ramai,” katanya.

Polis menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati kerana mereka berkemungkinan kehilangan semua simpanan mereka kepada penipu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here