Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Haimie ungguli musim ketiga Juara Impian Tawaufm 2024
Published on: Sunday, September 29, 2024
Published on: Sun, Sep 29, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Haimie ungguli musim ketiga Juara Impian Tawaufm 2024
HAIMIE menerima hadiah kemenangannya yang disampaikan Nizam.
Finalis berasal dari Lahad Datu, Haimie Napsun dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Juara Impian Tawaufm 2024 musim ketiga yang berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Tawau, pada Jumaat, malam.

Beliau yang turut memenangi Anugerah Vokal Terbaik mempertaruhkan lagu bertajuk Roman Cinta bagi persembahan solo dan lagu Tetap Ku Cinta berduet dengan Edia Jumat, sekaligus berjaya mengenepikan lima finalis lain.

Advertisement
Haimie membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM6,000, termasuk hadiah Vokal Terbaik (RM1,000) beserta trofi dan sijil penyertaan.

Naib juara pula dimenangi Mohd Yusriansyah Yusof dan tempat ketiga dimenangi finalis wanita, Sazlyn Ramli yang turut diumum pemenang Anugerah Persembahan Terbaik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Yusriansyah menerima hadiah wang tunai RM3,000, trofi dan sijil, manakala, Sazlyn berjaya membawa pulang RM3,000, termasuk hadiah RM1,000 bagi Anugerah Persembahan Terbaik.

Yusriansyah menyampaikan lagu solo Lembah Kesepian dan lagu duet Dirgahayu bersama Enatasha, manakala, Sazlyn menyanyikan lagu solo bertajuk Kerna Ku Sanggup dan Seperti Mati Lampu bagi persembahan duet.

Advertisement

NIZAM (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kesemua finalis.

Tiga lagi finalis akhir lain - Edia, Mohammad Nordin Mohamad Sha dan Enatasha Jahrin tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima hadiah RM1,000 beserta trofi dan sijil.

Advertisement
Kelebihan buat Edia pula, turut menerima hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan sijil apabila diumumkan sebagai finalis paling popular.

Kesemua enam finalis itu merupakan antara 32 peserta yang menyertai uji bakat bagi program itu di Tawau dan Lahad Datu pada 30 Jun dan 6 Julai lalu.

Mereka menerima hadiah masing-masing yang disampaikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Bercakap kepada media, Nizam yang juga Adun Apas menyifatkan program tersebut mampu menjadi platform terbaik untuk anak-anak Sabah di Bahagian Tawau menyerlahkan bakat dalam bidang seni suara.

Program tersebut, katanya, terbukti mampu menjadi langkah pertama bagi peminat seni suara melangkah ke peringkat lebih tinggi, misalnya penyanyi asal Tawau, Salma Asis yang berjaya mencipta karier seni di peringkat kebangsaan.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor juga amat prihatin dan komited dalam pembangunan bakat seni suara di negeri ini apabila kerajaan negeri menaja sepenuhnya program ini yang dianjurkan pihak TawauFm secara dwitahunan,”katanya.

Sempena program itu juga, orang ramai dihiburkan dengan persembahan artis tanahair Salma Asis dan artis tempatan Tawau, Faisal Junaid serta persembahan tarian kumpulan The Spirit Crew.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here