Tuaran: Seekor buaya berukuran 3.65 meter panjang yang menimbulkan kebimbangan penduduk sejak tahun lalu di daerah ini akhirnya berjaya ditangkap pada 23 September lalu di sungai Kampung Dungun, dekat sini.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Roland Oliver Niun, ketika dihubungi baru-baru ini berkata tangkapan itu dibuat sebaik umpan yang dipasang dimakan reptilia berkenaan.
Katanya, umpan daging ayam yang dipasang menggunakan teknik pancing di kawasan itu dilakukan selepas pihak JHL menerima aduan daripada orang awam yang menyaksikan kelibat buaya berhampiran rumahnya.