Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Isnin sedia pertahan kerusi sekiranya masih diperlukan
Published on: Monday, September 30, 2024
Published on: Mon, Sep 30, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Isnin sedia pertahan kerusi sekiranya masih diperlukan
Isnin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PGRS berkata, PGRS Bahagian Klias kini mempunyai lebih 5,000 ahli daripada 91 cawangan berdaftar dan jumlah itu semakin bertambah saban hari.
BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Isnin Aliasnih bersedia mempertahankan semula kerusi Dun itu jika masih diperlukan pada pilihan raya negeri (PRN17) akan datang.

Beliau yang juga Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Klias berkata, Klias adalah antara kubu terkuat PGRS dan pihaknya akan pastikan ia kekal milik parti itu selepas PRN17.

Advertisement
“Selagi diperlukan (sebagai calon PGRS pada PRN17), saya akan pertahankan (kerusi  Klias),” katanya ketika ditemui di Mesyuarat Agung PGRS Bahagian Klias yang dirasmikan Naib Presiden PGRS, Datuk Dr. Ariffin Arif, di sini pada Sabtu.

Isnin berkata demikian ketika ditanya sama ada akan terus mengisi kerusi Klias pada PRN17 susulan kehendak pengundi yang mahu beliau kekal di kawasan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hadir sama Ketua PGRS Bahagian Kuala Penyu, Datuk Limus Jury, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah dan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Azizah Mohd Dun.

Isnin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PGRS berkata, PGRS Bahagian Klias kini mempunyai lebih 5,000 ahli daripada 91 cawangan berdaftar dan jumlah itu semakin bertambah saban hari.

Advertisement
Katanya, semua ahlinya juga adalah pengundi Dun Klias, sekaligus mengelak berlaku percampuran ahli yang juga pengundi dari kawasan lain kerana hanya akan mengusutkan situasi semasa PRN17 kelak.

“Selain itu, saya yakin Klias kekal milik PGRS selepas PRN17 kerana kita sudah melaksanakan persediaan jitu jentera parti di semua peringkat termasuk cawangan dan pusat daerah mengundi (PDM).

Advertisement
“Bilik Gerakan atau ‘War Room’ juga telah saya arahkan bersedia bagi menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa, selain kerja jitu cawangan parti untuk terus menambah ahli parti ini setiap masa” tegasnya.

Dalam pada itu, Isnin mengulangi pendiriannya bahawa PGRS bersedia bertanding di Parlimen Beaufort pada pilihanraya umum (PRU16) akan datang termasuk di Parlimen Sipitang dan Kimanis.

Sebagai Pengerusi GRS Zon Pedalaman Bawah, beliau menegaskan PGRS wajar bertanding di ketiga-tiga kerusi itu dan yakin memenanginya pada PRU17 akan datang sekiranya mendapat izin pucuk pimpinan.

“Kalau (pucuk pimpinan) GRS arah, kita bersedia (tanding Parlimen Beaufort, Sipitang dan Kimanis) kerana saya sebagai Pengerusi Zon (GRS) di kawasan ini, tapi sekiranya ada perundingan (dengan rakan parti lain), semuanya (keputusan) kita akur,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here