Tuaran: Dua beranak maut dirempuh sebuah kereta ketika berjalan kaki melintas Jalan Kota Kinabalu-Tuaran berhampiran simpang Kampung Rugading di sini, awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Supritendan Noraidin Ag Maidin berkata, kejadian terbabit berlaku pada jam 5.50 pagi melibatkan kedua-dua mangsa wanita dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Kedua-dua mangsa itu dirempuh mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian".
Noraidin berkata pemandu kenderaan terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran dan ditahan reman bagi membantu siasatan.