KUNAK: Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya semasa memasang pukat di sungai di ladang KLK Jatika, Jalan Kunak - Semporna, di sini, pagi Isnin.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kunak (JBPM), Mohamad Omarbatha, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.18 pagi.
Susulan itu, pasukan terdiri daripada bomba, polis dan Jabatan Hidupan Liar telah menjalankan operasi pencarian dan menyelamat.