Kota Kinabalu: Tujuh orang, masing-masing, dipenjara kerana melakukan kesalahan imigresen.
Mikail, 26, Tarul, 30, Alfian, 27, Wafa, 26, Amil, 42, Nana, 50, dan Insinius, 53, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, terhadap pertuduhan dihadapi mereka pada Isnin.
Mikail, Tarul, Alfian dan Wafa masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen.
Sementara itu, Amil dan Nana masing-masing dipenjara 10 bulan kerana memasuki negeri ini secara haram dan memasuki negeri ini semula selepas mereka dihantar pulang ke negara mereka.
Bagi pertuduhan pertama kerana masuk secara haram, Amil dan Nana masing-masing dipenjara selama empat bulan dan Amil turut diperintahkan dikenakan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, mereka masing-masing dipenjara enam bulan kerana memasuki semula negeri ini selepas dihantar pulang.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara serentak dari tarikh mereka ditangkap.
Sementara itu, Insinius dipenjara setahun kerana tinggal di negeri ini selepas pas lawatan kerjanya tamat tempoh selama empat tahun. Pasnya telah tamat tempoh pada 14 Ogos 2020.
Mahkamah memerintahkan semua pendatang tanpa izin terbabit menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
Selepas dibebaskan dari penjara, pendatang tanpa izin itu akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.