Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Persiapan sambutan ulang tahun kelahiran rasmi TYT Sabtu ini lancar
Published on: Wednesday, October 02, 2024
Published on: Wed, Oct 02, 2024
Text Size:
Text:
Persiapan sambutan ulang tahun kelahiran rasmi TYT Sabtu ini lancar
Joachim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan terbabit turut menjemput semua lapisan masyarakat untuk hadir dan memeriahkan sambutan Sabtu ini.
Kota Kinabalu: Persiapan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berjalan lancar.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata persiapan bagi 12 program berkaitan sambutan telah dilaksanakan sejak awal Mei tahun ini.

Advertisement
“Kita sudah bersedia dan mesyuarat terakhir sudah diadakan namun kita masih berkomunikasi dengan Jawatankuasa Pelaksana, Jawatankuasa Kecil dan daripada pihak urusetia untuk memastikan perjalanannya lebih lancar lagi.

“Sabtu ini (5 Oktober) istiadat perbarisan akan diadakan dan terdapat tiga siri raptai bersama semua yang terlibat bermula pada Selasa yang diselia oleh Jawatankuasa Pelaksana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebanyak 89 kontinjen akan terlibat dalam penganjuran kali ini yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan, swasta, persatuan-persatuan, pelajar Institut Pengajian Tinggi dan sekolah,” ujarnya pada idang media Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, pada Isnin.

Joachim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan terbabit turut menjemput semua lapisan masyarakat untuk hadir dan memeriahkan sambutan Sabtu ini.

Advertisement
“Saya menyeru kepada rakyat Sabah agar sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan TYT Sabah dan Isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta seisi keluarga agar mereka sentiasa dilindungi dan diberkati.

“Kita sebagai rakyat Sabah seharusnya bersyukur kerana berpeluang bernaung di bawah kepimpinan yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama,” tambahnya.

Advertisement
Selain itu, program yang dirancang antaranya Konvoi Kembara 2024 (24-25 Ogos), Kejohanan Golf Amal TYT Sabah (28 September) dan bakal menyusul ialah Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat, esok (Khamis).

Turut berlangsung, Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat Kebesaran Sabah dan Majlis Jamuan Negeri di Istana Seri Kinabalu, pada Sabtu ini.

Menurutnya, di peringkat daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga menaikkan papan iklan di daerah masing-masing sebagai tanda meraikan sambutan seawal September selepas Sambutan Hari Malaysia.

Hadir sama, Pembantu Menteri II Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Mohammad Hamsan Awang Supain, Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr.Jamili Nais, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor dan Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here