Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penjara 30 tahun kerana sebabkan kematian
Published on: Wednesday, October 02, 2024
Published on: Wed, Oct 02, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Penjara 30 tahun kerana sebabkan kematian
JAMRIN ketika dibawa keluar dari mahkamah. 
KENINGAU: Seorang lelaki berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 tahun kerana menyebabkan kematian seorang yang berada di bawah seliaan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Pedalaman.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Fairuz Mohamad Puzi menjatuhkan hukuman itu ke atas Jamrin Jamli Mad Salleh, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah terhadap Jamrin.

Advertisement
Jamrin didapati bersalah melakukan homisid salah tak terjumlah membunuh seseorang bernama Jasmin Sumain, 52, di AB Car Wash di Apin-Apin di sini, pada 24 Dis 2023, jam 8 pagi.

Dia disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah diberitahu tertuduh bergaduh dengan mangsa dan dalam keadaan marah, mengambil penyodok tanah besi di sebelah tangki air dan memukul kepala mangsa sehingga rebah.

Didedahkan bahawa motif kejadian adalah rasa tidak puas hati tertuduh terhadap mangsa, yang malas dan sering bertengkar mulut. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here