Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PAC turun padang, bukan sekadar dengar laporan semata, kata Mas Ermieyati
Published on: Wednesday, October 02, 2024
Published on: Wed, Oct 02, 2024
By: FMT
Text Size:
Text:
PAC turun padang, bukan sekadar dengar laporan semata, kata Mas Ermieyati
Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin, berkata pihakya mahu melihat sendiri masalah teknikal projek bekalan air luar bandar di Sabah dan Sarawak.
PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan terus melaksanakan tindakan proaktif turun padang bagi melihat sendiri permasalahan dihadapi rakyat, sekali gus memastikan pelaksanaan projek kerajaan benar-benar bermanfaat.

Pengerusinya, Mas Ermieyati Samsudin berkata pendekatan itu juga mengeratkan lagi kerjasama antara PAC Parlimen dan negeri yang sememangnya mempunyai punca kuasa sama iaitu untuk memantau segala perbelanjaan dan juga kewangan kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau berkata PAC Parlimen buat kali pertama mengadakan lawatan kerja ke Sandakan dan Tawau bagi prosiding isu pengurusan air negara bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dan Bekalan Air Luar Bandar Sabah dan Sarawak di bawah Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Apabila adakan lawatan kerja kita dapat tengok sendiri bagaimana projek itu dilaksanakan dan mendapat maklum balas daripada komuniti yang terlibat dan ini sangat penting, berbanding hanya duduk dalam bilik prosiding serta mendengar laporan daripada orang lain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Tetapi, kali ini kita turun padang dan kita lihat sendiri terutama sekali apabila masalah melibatkan teknikal," katanya menurut Bernama selepas Prosiding Pengurusan Air Negara dan Bekalan Air Luar Bandar Sabah dan Sarawak, di Kota Kinabalu.

Beliau berkata, dalam lawatan kerja yang telah diadakan, PAC dimaklumkan mengenai isu-isu pelaksanaan projek terutamanya bagi perkara yang ditegur oleh pihak audit dalam laporannya.

Advertisement
"PAC mengambil maklum usaha dan penambahbaikan yang dilaksanakan kementerian iaitu Petra dan KKDW serta agensi-agensi di bawah kementerian dan kerajaan negeri yang terlibat dalam memastikan projek disiapkan dalam tempoh dijadualkan," katanya.

Pada masa sama, Mas Ermieyati berkata dalam prosiding berkenaan PAC negeri turut hadir untuk mendengar penjelasan daripada pihak Petra dan KKDW berhubung kedua-dua isu berkenaan.

Advertisement
"PAC Parlimen berharap projek yang dilaksanakan di peringkat negeri Sabah juga dapat terus dipantau oleh PAC negeri. PAC Parlimen bercadang menjemput PAC negeri menyertai setiap prosiding lawatan kerja di projek membabitkan jabatan kerajaan peringkat negeri tetapi mendapat peruntukan kerajaan pusat," katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here