Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rogol anak tiri: Penoreh getah bakal ketahui nasib 12 Disember ini
Published on: Thursday, October 03, 2024
Published on: Thu, Oct 03, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Rogol anak tiri: Penoreh getah bakal ketahui nasib 12 Disember ini
Seksyen 14(a) Akta itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16(1) Akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Dis akan menyampaikan keputusannya berhubung rayuan seorang penoreh getah dari Keningau, yang dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan 16 sebatan atas enam pertuduhan kesalahan seksual terhadap anak tirinya yang bawah umur.

Pesuruhjaya Kehakiman Maslinda @ Linda Mohd Ainal menetapkan tarikh itu untuk perayu berusia 44 tahun terbabit pada Selasa, yang dijadualkan untuk pendengaran rayuannya.

Advertisement
Peguam perayu mengesahkan kepada mahkamah bahawa mereka telah mengemukakan hujahan mereka untuk rayuan itu dan memohon tarikh keputusan ditetapkan.

Pihak pendakwaan sebagai responden, mengekalkan hujahan mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Perayu pada 6 Nov 2023 mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Keningau terhadap semua pertuduhan yang dihadapinya kerana melakukan kesalahan itu terhadap anak tirinya, 13 tahun ketika itu, antara Jun 2020 dan 25 Julai 2021, di sebuah rumah di sebuah kampung di Keningau.

Atas pertuduhan pertama, dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana melakukan amang fizikal terhadap remaja terbabit pada Jun 2020, dan dikenakan hukuman penjara tambahan selama dua tahun serta dua sebatan kerana amang seksual dilakukan oleh seseorang dalam hubungan kepercayaan, memandangkan dia adalah bapa tiri mangsa seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Advertisement
Untuk pertuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun kerana melakukan amang fizikal ke atas remaja perempuan itu pada pertengahan Disember 2020, dan dipenjara tiga tahun lagi dan dua sebatan untuk Seksyen 16.

Untuk pertuduhan ketiga, perayu dipenjara lapan tahun dan diperintah dikenakan dua kali sebatan rotan kerana merogol remaja itu pada hujung Disember 2020.

Advertisement
Perayu, bagi pertuduhan keempat, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun serta tiga kali sebatan rotan kerana merogol remaja itu pada 5 Jan, 2021 dan untuk pertuduhan kelima, dia dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan lima kali sebatan rotan atas kesalahan sama yang dilakukan pada Mac 2021.

Bagi pertuduhan keenam, dia dihukum penjara 15 tahun dan lima kali sebatan rotan kerana merogol perempuan itu pada 25 Julai, 2021. 

Mahkamah Sesyen memerintahkan hukuman bagi pertuduhan pertama bermula dari tarikh sabitan pada 6 Nov, 2023 dan berjalan serentak dengan pertuduhan kedua, manakala hukuman bagi pertuduhan ketiga berjalan berturut-turut dengan pertuduhan kedua.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman bagi pertuduhan keempat berjalan serentak dengan pertuduhan ketiga dan berjalan berturut-turut dengan pertuduhan kelima dan keenam.

Pertuduhan pertama dan kedua diperuntukkan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta sama kerana perayu mempunyai hubungan kepercayaan dengan kanak-kanak itu sebagai bapa tirinya.

Seksyen 14(a) Akta itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16(1) Akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga hingga keenam masing-masing di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Peguam Nabila Norsahar, yang mewakili perayu, membuat rayuan terhadap hukuman tersebut dengan mengemukakan bahawa hukuman yang berjumlah 50 tahun penjara dan 16 sebatan adalah terlalu berat.

“Menjatuhkan hukuman penjara selama 50 tahun secara keseluruhan mungkin melebihi jangka hayatnya, yang akan menyebabkan dia dipenjarakan sehingga kira-kira berusia 92 tahun, kata Nabila, antara lain, dan merayu agar hukuman bagi pertuduhan pertama, kedua, dan ketiga dijalankan serentak manakala hukuman bagi tiga pertuduhan selebihnya dikekalkan.  

Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip mewakili pihak pendakwaan sebagai responden.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here