Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ahli Gagasan Rakyat diminta siap siaga hadapi pilihanraya
Published on: Thursday, October 03, 2024
Published on: Thu, Oct 03, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Ahli Gagasan Rakyat diminta siap siaga hadapi pilihanraya
“Jangan menganggap mudah untuk menghadapi PRN kali ini. Kita memerlukan pemikiran yang cukup waras dalam menentukan siapa yang wajar memerintah Negeri ini,” kata Isnin.
SANDAKAN: Semua ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) diminta bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan diadakan tidak lama lagi, kata Ketua Bahagian PGRS Klias Datuk Isnin Aliasnih. 

“Jangan menganggap mudah untuk menghadapi PRN kali ini. Kita memerlukan pemikiran yang cukup waras dalam menentukan siapa yang wajar memerintah Negeri ini,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PGRS Klias di sini.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Naib Presiden PGRS merangkap Ketua Bahagian Membakut, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Arifin berkata mereka wajar memerangi apa yang diutarakan pembangkang dan hendaklah lebih bijak menerangkan pencapaian Kerajaan selama ini.

“Saya amat teruja atas sokongan padu daripada perwakilan yang hadir.

Advertisement
Ini jelas membuktikan bahawa PGRS terus mendapat tempat di hati rakyat di seluruh Sabah.

“Hentikan perbalahan sesama sendiri. Memandangkan kita sedang menghampiri PRN, saya menyeru semua perwakilan bersiap siaga menghadapinya,” kata Arifin.

Advertisement
Beliau berkata, rakyat Klias juga sewajarnya bersyukur kerana daerah ini telah membangun dengan pesat hasil usaha Isnin, yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Hadir sama Ketua Bahagian PGRS Lumadan Mazlan Joehari Manan dan Timbalan Ketua PGRS Bahagian Klias Mohd Jali Nordin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here