TAWAU: Dua kanak-kanak lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak perempuan, 12, secara berkumpulan di sebuah kebun minggu lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas kedua-dua tertuduh selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tawau, Mohd Afiz Huzairi Ayob, bagi pihak Majistret.
Tertuduh yang masing-masing berumur 13 dan 14 tahun didakwa merogol mangsa secara bergilir di sebuah kebun belakang rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Jalan Utara di sini kira-kira jam 9.40 malam pada 26 September.