Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tinggal lebih masa: Dua PTI dipenjara, didenda
Published on: Friday, October 04, 2024
Published on: Fri, Oct 04, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tinggal lebih masa: Dua PTI dipenjara, didenda
Amir didenda RM10,000 atau 12 bulan penjara kerana tinggal di negeri ini selepas pas lawatan sosialnya tamat tempoh pada 22 Nov, 2022 di mana dia telah tinggal lebih masa selama setahun dan sehari.
Kota Kinabalu: Seorang rakyat Pakistan dan rakyat Indonesia dipenjara dan didenda kerana tinggal lebih masa selama setahun di negeri ini.

Amir Nawab Khan, 31, dan Ruben Mullu, 52, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, terhadap pertuduhan yang dihadapi mereka pada Khamis.

Advertisement
Amir didenda RM10,000 atau 12 bulan penjara kerana tinggal di negeri ini selepas pas lawatan sosialnya tamat tempoh pada 22 Nov, 2022 di mana dia telah tinggal lebih masa selama setahun dan sehari.

Dia ditahan jam 10.35 malam pada 23 Sept, 24 di kawasan Sahib Trading Sdn Bhd di Kg Tamalang, Kudat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Ruben dijatuhi hukuman penjara setahun kerana tinggal di negeri ini selepas pas khasnya tamat pada 18 Okt, 2020 di mana dia tinggal di negeri ini tanpa sebarang dokumen selama tiga tahun sepuluh bulan.

Dia ditahan jam 1.25 pagi pada 12 Sept tahun ini di sebuah rumah ladang di Kg Binaong, Keningau.

Advertisement
Semasa mitigasi, kedua-duanya merayu hukuman ringan dengan mengatakan mereka mempunyai anak dan keluarga untuk dijaga.

Amir meminta hanya dikenakan hukuman denda.

Advertisement
Pegawai Pendakwa Azizah Ahmad dari Jabatan Imigresen menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Di mahkamah berasingan, seorang warga Filipina berusia 39 tahun dipenjara berjumlah 10 bulan kerana memasuki negeri ini secara haram dan memasuki semula ke negeri ini ecara haram selepas dihantar pulang ke negara asalnya.

Ain Basa Omar, mengaku terhadap kedua-dua pertuduhan dihadapinya.

Untuk kesalahan memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen, Ain dihukum penjara untuk beberapa bulan dan bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara enam bulan.

Mahkamah memerintahkan Ain menjalani hukuman penjara itu secara serentak dari tarikh dia ditangkap.

Selepas dibebaskan dari penjara, Amir, Ruben dan Ain diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here