TAWAU: Dua kanak-kanak lelaki didakwa merogol secara berkumpulan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah ladang di sini.
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tawau Mohd Afiz Huzairi Ayob yang duduk sebagai Majistret.
Kanak-kanak lelaki berusia 13 dan 14 tahun itu didakwa merogol gadis itu secara bergilir-gilir di ladang di belakang sebuah rumah di Jalan Utara, di sini jam 9.40 malam, 26 Sept tahun ini.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e)/34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 21 Nov untuk sebutan semula kes.
Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri hadir untuk pendakwaan manakala kanak-kanak lelaki terbabit tidak diwakili.