Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perkeso sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
Published on: Sunday, October 06, 2024
Published on: Sun, Oct 06, 2024
Text Size:
Text:
Perkeso sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
SEREMBAN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri (OBS) menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso Roshaimi Mat Rosely berkata setakat 27 Sept lepas, seramai 693,969 individu telah berdaftar sebagai pencarum aktif OBS di seluruh negara.

Advertisement
"Jumlah ini menunjukkan trend peningkatan pencarum baharu yang semakin memberangsangkan," katanya ketika ditemui media pada Majlis Libat Urus dan Jalinan Mesra Perkeso Bersama Media Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

Roshaimi juga menjelaskan bahawa jumlah pencarum OBS dijangka akan terus meningkat, terutamanya dengan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) untuk penjaja dan peniaga berlesen yang akan bermula pada 1 Jan tahun depan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata sesi libat urus dengan semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara sepanjang tahun ini akan diadakan bagi meningkatkan kesedaran kepada mereka bekerja sendiri termasuk peniaga serta penjaja.

Roshaimi berkata pihaknya juga giat meneruskan promosi kepada OBS termasuk kepada para pengamal media sambilan bagi meningkatkan kesedaran mencarum dengan Perkeso.

Advertisement
Menurutnya pelbagai  inisiatif dapat dimanfaatkan terutamanya mereka berkerja sendiri dengan  perlindungan keselamatan sosial jangka panjang yang bersifat komprehensif.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here