Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah Maju Jaya di landasan betul, tunjuk hasil positif
Published on: Monday, October 07, 2024
Published on: Mon, Oct 07, 2024
Text Size:
Text:
Sabah Maju Jaya di landasan betul, tunjuk hasil positif
YANG di-Pertua Negeri Tun (Dr) Juhar Datuk Mahiruddin bergambar bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri masing-masing pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Negeri Sabah sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Sabah ke-71 di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu pada Sabtu.
Kota Kinabalu: Agenda pembangunan negeri yang berpaksikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan betul dan sudah menampakkan hasil positif, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Selepas empat tahun menerajui negeri, kerajaan dengan penuh keyakinan terus mara ke hadapan melaksanakan hala tuju negeri dengan penekanan kepada beberapa sektor penting khususnya pertanian, perindustrian dan pelancongan. 

Advertisement
“Ketiga-tiga sektor ini melonjakkan ekonomi negeri sehingga menarik pelabur ke Sabah, sekali gus membuka beribu-ribu peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
“Selain itu, kerajaan turut memberi tumpuan untuk membangunan modal insan dan memperkasa kesejahteraan rakyat.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan sokongan jemaah kabinet negeri, segala perancangan dan dasar-dasar dapat dilaksana, sesuai dasar Hala Tuju SMJ yang menjadi asas kepada corak kemajuan dan pembangunan negeri Sabah,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan menjunjung kasih sempena Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Negeri Sabah sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-71 di Istana Seri Kinabalu, di sini, Sabtu. 

Advertisement
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada Julai lalu, Sabah menyumbang 5.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023.  

Menurutnya, Sabah menerima pelaburan sebanyak RM11.34 bilion, merupakan ketujuh tertinggi di Malaysia, dengan 13.3 peratus diperolehi daripada sektor pembuatan, tahun lalu. 

Advertisement
Hajiji juga berkata, kehadiran pelancong ke Sabah juga semakin meningkat iaitu 1.7 juta pelancong direkodkan dari Januari hingga Julai 2024,  termasuk lebih 1.05 juta pelancong tempata dan 706,383 orang pelawat antarabangsa.

“Perkembangan ini jelas bahawa sektor pelancongan di Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini dan masa-masa akan datang serta dapat mencapai sasaran seramai 3 juta pelancong ke Sabah pada tahun ini,” katanya. 

Walaupun pencapaian dalam tempoh empat tahun pemerintahan, Hajiji berkata dengan pelaksanaan lebih tiga tahun Hala Tuju SMJ sejak dilancarkan pada Mac 2021, namun banyak lagi yang perlu kerajaan lakukan.  

Katanya, Kerajaan negeri terus bertekad memperhebatkan lagi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan pelbagai program serta inisiatif yang meliputi pelbagai sektor. 

Menurutnya, Kerajaan negeri sedang menerokai potensi Ekonomi Biru iaitu penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu dan lain-lain produk industri yang boleh dihasilkan daripadanya.  

“Sabah yang dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes, berpotensi tinggi untuk penerokaan dan pembangunan Ekonomi Biru. 

“Ke arah merealisasikan usaha ini, kerajaan akan menganjurkan seminar bertaraf antarabangsa berkaitan ‘The Blue Economy’, pada bulan ini”, tegasnya. 

Hajiji percaya rakyat bijak menilai fakta pencapaian kerajaan hari ini yang bertanggungjawab bukan saja memikirkan, merancang malah melaksanakan banyak agenda pembangunan untuk membantu rakyat. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here