Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Suami isteri benar PTI tinggal di premis didenda RM20,000
Published on: Tuesday, October 08, 2024
Published on: Tue, Oct 08, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Suami isteri benar PTI tinggal di premis didenda RM20,000
Kesalahan itu mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.
Kota Kinabalu: Sepasang suami isteri didenda RM20,000 kerana membenarkan pendatang tanpa izin (PTI) berada di premis di bawah kawalannya.

Normah Masumun, 40, dan suaminya Nabi Gulzar, 32, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, atas pertuduhan terhadap mereka.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Normah didenda RM10,000 kerana membenarkan dua warga Pakistan, yang tidak mempunyai sebarang dokumen sah pada 2.37 petang pada 26 Mac tahun ini di Restoran Khan di Kg Taun Gusi, Kota Belud.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan bagi setiap PTI terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua, Normah dan Nabi didenda RM5,000 atau penjara enam bulan setiap seorang kerana membenarkan seorang warga Pakistan berada di dalam premis itu pada 2.39 petang pada 26 Mac tahun ini di Khan Trading juga di Kg Taun Gusi, Kota Belud.

Pertuduhan menyatakan bahawa kedua-dua mereka adalah orang yang mengawal premis itu.

Advertisement
Kesalahan itu mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.

Pegawai Pendakwa Raya Sopian Karate dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan manakala pasangan itu tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here