Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pupuk kerjasama, toleransi dalam komuniti
Published on: Tuesday, October 08, 2024
Published on: Tue, Oct 08, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Pupuk kerjasama, toleransi dalam komuniti
WAKIL penganjur menyampaikan cenderakenangan kepada Mokran (kedua kanan) disaksikan Fauzi (kanan).
SANDAKAN: Pewujudan Komuniti Madani mampu memupuk semangat kerjasama dan toleransi semasa ahli dan masyarakat sekitar.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, ia juga mampu mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dan aktif dalam melaksanakan program kemasyarakatan yang bermanfaat.

Advertisement
Jelasnya, beliau juga menghargai usaha dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh jawatankuasa Komuniti Madani di kawasan Libaran yang merancang dan melaksanakan program-program yang bermanfaat. 

"Meskipun Komuniti Madani itu masih baharu, namun ia mampu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan terus memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan," tambahnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat DUN, Parlimen Libaran anjuran Komuniti Madani Zon Libaran dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sandakan di PPR Taman Muhibbah, Batu 12, Sandakan, pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manila, Datuk Mokran Ingkat.

Advertisement
Hadir sama, Penyelaras Komuniti Madani Libaran dari Jabatan Penerangan Daerah Sandakan, R Fuaji Abdul Lahap @ R Fauzi yang mewakili Pegawai Penerangan Daerah Sandakan, Abdul Aziz Abd Karim serta pengerusi penganjur program dan wakil zon komuniti madani tersebut.

Zon itu melibatkan Sungai Manila, Kampung Kitagas, Zon Dandulit, Kampung Gum-Gum, Sungai Batang, Rancangan Sungai Manila, Zon Batu Putih, Taman Bahagia dan Zon Tinosa.

Advertisement
Suhaimi merakam penghargaan kepada pihak penganjur yang menganjurkan program itu dikawasan ini juga diisi dengan aktiviti sihat.

Antaranya pertandingan futsal dan yang lain mampu mewujudkan semangat toleransi, kerjasama dalam satu pasukan dan keharmonian. 

"Usaha murni ini bukan sahaja menunjukkan komitmen anda untuk menganjurkan program tetapi juga mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama tinggi di kalangan kepimpinan dan ahli Komuniti Madani." Jelasnya.

Jabatan Penerangan menjadi penaung kepada Komuniti Madani.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here