Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bung diminta patuhi nasihat
Published on: Wednesday, October 09, 2024
Published on: Wed, Oct 09, 2024
Text Size:
Text:
Bung diminta patuhi nasihat
Menurut Zulkarnain (kiri), Bung (kanan) dan penyokongnya terus melakukan provokasi terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sehingga mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.
Kota Kinabalu: Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar diminta untuk mematuhi nasihat presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk terus menjaga kerjasama baik antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya di Sabah, terjamin.

Menurut Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar, Bung dan penyokongnya terus melakukan provokasi terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sehingga mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.

Advertisement
“Berhenti melakukan provokasi terhadap kepimpinan Hajiji demi kestabilan politik di Sabah memandangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) juga merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zahid menerusi hantaran Facebook selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia, menyatakan perpaduan adalah kunci kepada resepi menghadapi cabaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Zulkarnain juga menggesa Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menarik balik pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di seluruh Sabah.

“Ia jelas melanggar peruntukan undang-undang negeri. Dewan Undangan Negeri Sabah sebelum ini telah meluluskan pindaan kepada Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah.

Advertisement
“Pindaan itu kini memberi kuasa dan autonomi kepada Kerajaan Sabah untuk melantik dan mengurus pentadbiran jawatankuasa kampung seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Ini bermakna penubuhan JPKKP di Sabah di bawah KKDW jelas bertentangan dengan undang-undang,” tegasnya.

Advertisement
Katanya, GRS dan PH Sabah sendiri telah membantah penubuhan JPKKP tetapi Bung berkeras dengan mengemukakan surat pelantikan kepada wakil di setiap daerah di Sabah.

“Lambat laun tindakan ini akan mengundang ketidakstabilan politik di peringkat akar umbi, malah dikhuatiri boleh mencetuskan pergaduhan kerana sudah pasti akan berlaku pertindihan di peringkat kampung,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here