Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rumah setinggan di Sembulan akan diroboh: Mayor
Published on: Wednesday, October 09, 2024
Published on: Wed, Oct 09, 2024
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
Rumah setinggan di Sembulan akan diroboh: Mayor
KAMPUNG Sembulan yang terlibat dalam Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan kerja-kerja perobohan rumah setinggan yang dibina di Kampung Sembulan dalam masa terdekat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pemilik tanah bersetuju dengan tindakan DBKK untuk merobohkan struktur haram yang dibina di kawasan tersebut kerana didapati banyak rumah setinggan yang dibina.

Advertisement
Beliau menjelaskan bahawa rumah-rumah yang akan dirobohkan bukan rumah penduduk yang terlibat dalam Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan, sebaliknya, ia struktur haram yang didirikan di tanah milik penduduk kampung.

“Kami bersama-sama dengan agensi lain akan turut membuat pemeriksaan terhadap penyewa-penyewa yang tinggal di situ kerana kita khuatir ada antara penyewa yang tidak mempunyai dokumen.

Mayor

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita mahu tahu bagaimana mereka menyewa rumah tersebut kerana ada tuan rumah yang tidak tinggal di situ dan tidak tahu rumah mereka disewakan,” katanya selepas sesi libat urus pemilik berdaftar dalam kawasan Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, didapati ada juga rumah yang membuat penyambungan struktur haram seperti membuat kedai runcit dan sebagainya.

Advertisement
Mengulas tentang sesi libat urus itu, Sabin berkata, melalui program tersebut pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) berpeluang memberi penerangan dari segi undang-undang mengenai isu pengambilan tanah yang telah luput tempoh pajakan dan tanah-tanah yang masih dalam tempoh pajakan.

Sabin berkata, Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan itu bukan projek baharu tetapi sudah lama dirancang. Jadi, dalam sesi tersebut, DBKK mengambil kira permintaan semua penduduk Sembulan, termasuk mereka yang telah luput tarikh pajakan.

Advertisement
“Cadangan dan permohonan penduduk itu akan kami bawa kepada Kabinet Negeri. Malah, pemilik tanah turut bersetuju agar kawasan ini dibangunkan oleh kerajaan dengan memberi pertimbangan beberapa perkara yang mereka sampaikan tadi.

“Satu perkara yang membanggakan, mereka juga bersetuju dengan tindakan DBKK untuk meneruskan tindakan merobohkan struktur haram yang dibina di kawasan itu, sebab kita dapati terdapat banyak rumah setinggan dibina di kawasan tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Sabin berkata, antara permohonan yang dikemukakan termasuk mempertimbangkan pampasan lebih tinggi kepada pemilik tanah yang terlibat dalam skim pembangunan tersebut.

Jelas beliau, daripada 168 lot tanah di kawasan itu, 104 lot telah tamat tempoh pajakan manakala 64 lagi masih aktif.

Katanya, maklum balas daripada kerajaan negeri berkaitan Skim Pembangunan Semula itu bergantung kepada keputusan Kabinet, tetapi DBKK berharap perkara tersebut dapat diputuskan pada tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Penduduk dan Kebajikan Kampung Sembulan, Osman Omar Khan berharap agar notis pengosongan rumah bertarikh 11 November dapat ditangguhkan sementara menunggu keputusan Kabinet Negeri.

Osman berkata, penduduk asal di situ tidak menghalang pembangunan dilakukan di kawasan berkenaan, namun hak pemilik tanah perlu diberi perhatian.

Sekiranya kerajaan mahu mengambil tanah di situ, kerajaan perlu menilai dengan harga pasaran semasa. Di samping itu, kerajaan juga perlu menyediakan penempatan sementara kepada penduduk yang telah tamat tempoh pajakan dan terlibat dalam skim pembangunan berkenaan.

“Kebanyakan penduduk di sini dari kalangan B40 maka mereka perlu disediakan penempatan sekiranya tanah yang ada digunakan bagi pembangunan semula.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here