Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Projek Persekutuan tak perlu tunggu jika tanah sudah diwarta untuk tujuan itu: Hajiji
Published on: Wednesday, October 09, 2024
Published on: Wed, Oct 09, 2024
Text Size:
Text:
Projek Persekutuan tak perlu tunggu jika tanah sudah diwarta untuk tujuan itu: Hajiji
HAJIJI (tengah) diapit Shahelmey (kiri) dan James (kanan) sebelum taklimat bermula.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata projek pembangunan persekutuan untuk sekolah dan klinik boleh dilaksanakan tanpa perlu menunggu geran tanah, asalkan ia telah diwartakan untuk tujuan itu.

“Kerajaan Negeri sudah pun memutuskan tidak perlu menunggu geran tanah selagi tanah itu telah diwartakan untuk tujuan projek pembangunan Persekutuan.

Advertisement
“Jika tanah itu diperlukan untuk membina sekolah atau klinik, kita mesti memudahkan supaya tidak ada kelewatan dalam pelaksanaan projek-projek ini,” katanya semasa lawatan kerja ke Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat di Wisma Tun Fuad, di sini, Selasa.

Ketua Menteri juga menggesa Kementerian untuk melibat urus dengan agensi Persekutuan berkaitan di Sabah bagi mengukuhkan kerjasama dengan mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jika ada libat urus dan kerjasama, kita boleh melaksanakan projek pembangunan dengan lancar,” katanya menjawab isu yang dibangkitkan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib.

Hajiji juga memuji Kementerian atas rancangan proaktifnya untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan rakyat melalui penubuhan Pusat Autisme Sabah di Sembulan, dan pemerolehan mesin pengimbas Tomografi Pelepasan Positron (PET) bernilai berjuta-juta ringgit dan Tomografi Berkomputer Pelepasan Foton Tunggal (SPECT), antara lain.

Advertisement
Mesin pengimbas PET dan SPECT untuk pengesanan kanser itu boleh didapati di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Terdahulu, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Maria Chong memberi taklimat kepada Ketua Menteri dan rombongan mengenai program dan rancangan Kementerian untuk masa hadapan.

Advertisement
“Saya melihat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat sebagai komponen penting dalam sistem Kerajaan, lebih-lebih lagi kesejahteraan rakyat adalah salah satu tumpuan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” kata Hajiji.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim, Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan Datuk Seri Christina Liew dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here