Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemandu lori didakwa edar lebih 3.3kg kanabis
Published on: Wednesday, October 09, 2024
Published on: Wed, Oct 09, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pemandu lori didakwa edar lebih 3.3kg kanabis
TERTUDUH diiring keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding pertuduhan.
TAWAU: Seorang pemandu lori warga tempatan berdepan tiga pertuduhan berkaitan dadah, termasuk mengedar dadah jenis kanabis seberat 3,322.72g di Mahkamah Majistret Tawau, pada Selasa.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Shaiful Amin,39,selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin bagi kesalahan mengedar dadah.

Advertisement
Bapa kepada dua anak itu dituduh mengedar kanabis seberat 3,322.72g gram tersebut di sebuah rumah di Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas lebih kurang jam 1.40 petang pada 23 September 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak lebih 40 tahun dan disebat tidak kurang 12 kali, sekiranya tidak dihukum mati.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes, sementara menunggu keputusan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, ASP Jeffrey Kadisun, manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisement
Sementara itu, di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum, pula, tertuduh mengaku salah bagi dua pertuduhan lain iaitu memiliki 9.98 gram dadah jenis kanabis dan memasukkan dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badannya.

Kesalahan itu masing-masing didakwa dilakukannya di kawasan Lorong Industri Megah 2 dan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau, pada jam 10.30 pagi dan petang pada 23 September lalu.

Advertisement
Mahkamah bagaimanapun, menetapkan 18 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu keputusan laporan ujian kimia dan patologi.

ASP Nur Intan Jamrin tampil mengendalikan pendakwaan kes, manakala tertuduh diwakili peguam Jhassary P Kang dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here