KENINGAU: Pelbagai lapisan masyarakat dan pemimpin di kawasan Pedalaman Sabah berharap belanjawan 2025 negara akan membawa berita yang baik dan boleh dibanggakan oleh semua golongan.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah berharap belanjawan negara 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober ini memberi sinar kepada rakyat pelbagai golongan.
Katanya, Sabah memerlukan agihan belanjawan yang seimbang diantara tiga Wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Malaya (Semenanjung).
“Rakyat Sabah juga berharap supaya ada pengumuman yang mengembirakan dengan pelaksana Perjanjian Malaysia 63 ( MA63) yang sepenuhnya termasuk agihan 40 peratus kepada Sabah,” katanya ketika diminta mengulas harapan rakyat tentang belanjawan negara 2025.
Advertisement





