Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penagih tegar kena 7 tahun, sebatan
Published on: Thursday, October 10, 2024
Published on: Thu, Oct 10, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Penagih tegar kena 7 tahun, sebatan
Kesalahan di bawah Seksyen 39C(2) Akta Dadah Berbahaya itu memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 13 tahun, dan sebatan tidak kurang daripada tiga kali dan tidak lebih daripada enam kali, jika sabit kesalahan.  
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan kerana berulang kali mengambil syabu.  

Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hanafi Madtahil, 24, yang mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya. 

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 39C(2) Akta Dadah Berbahaya itu memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 13 tahun, dan sebatan tidak kurang daripada tiga kali dan tidak lebih daripada enam kali, jika sabit kesalahan.  

Mohd Hanafi ditangkap pada 3 Januari tahun ini jam 12.10 tengah hari selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia mempunyai beberapa sabitan lampau kerana mengambil dadah.  

Mohd Hanafi diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.   Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al Hakim Abdul Razak mengendalikan pendakwaan, manakala Mohd Hanafi tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here