KUDAT: Seorang lelaki warga Filipina dilaporkan hilang dipercayai lemas di Perairan Pulau Balambangan, dekat sini sejak Selasa lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Ishak Jabas berkata, mangsa berumur 23 tahun itu dilaporkan hilang ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.
Menurut Ishak, enam anggota termasuk Pegawai Bomba Kanan I Saidi Tabin bergerak ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat pada Khamis, jam 8.05 pagi.