Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Langkah jangka panjang stabilkan harga barang
Published on: Saturday, October 12, 2024
Published on: Sat, Oct 12, 2024
Text Size:
Text:
Langkah jangka panjang stabilkan harga barang
ARMIZAN (kedua kanan) mendengar penerangan daripada wakil pempamer yang turut serta dalam program itu.
PAPAR: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dilantik untuk menjalankan kajian selama enam bulan mengenai Penstabilan Harga Barang di Sabah, Sarawak dan Labuan sebagai langkah jangka panjang untuk menstabilkan harga barangan keperluan terpilih. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata usaha itu selari dengan kerangka Madani dan bertujuan untuk menstabilkan harga barang di seluruh negara. 

Advertisement
Beliau berharap kajian tersebut dapat memberikan pemahaman lebih mendalam mengenai perbezaan harga dan seterusnya membantu kerajaan merangka dasar yang lebih berkesan untuk menangani isu kos sara hidup yang membebani rakyat.

Armizan juga bersetuju untuk menggunakan kepakaran dan hasil penyelidikan UMS dalam membangunkan produk dan perkhidmatan, serta menjalankan kajian-kajian berkaitan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerjasama erat antara kementerian, universiti, dan komuniti tempatan adalah kunci untuk memajukan ekonomi setempat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika merasmikan Program Khidmat Masyarakat berteraskan Penyelidikan anjuran UMS.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor menyatakan komitmen universiti dalam membantu komuniti melalui pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan. 

Advertisement
“UMS telah berjaya membangunkan sumber bekalan air bersih kepada 50 buah rumah di Pitas menerusi pengerudian air bawah tanah. 

“Kualiti dan bekalan air ini dipantau secara berterusan menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) untuk memastikan penduduk kampung mendapat akses kepada air bersih yang berterusan,” katanya. 

Advertisement
Tambahnya, Papar terkenal dengan pelbagai jenis makanan kering yang mempunyai potensi besar untuk dikembangkan. 

“UMS bersedia untuk membantu usahawan tempatan dalam meningkatkan kualiti produk melalui penambahbaikan kandungan, pembungkusan, dan strategi pemasaran yang lebih efektif, terutamanya untuk tujuan eksport. “Selain itu, UMS akan membantu usahawan tempatan mendapatkan pensijilan halal, yang bukan sahaja dapat membuka peluang pasaran lebih luas, tetapi juga meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk tempatan,” ujar beliau. 

Turut diadakan pada program itu adalah pameran penyelidikan yang menonjolkan pelbagai inovasi UMS, antaranya ‘Batik Borneo’ dan ‘VIR Seni’ oleh Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS, kajian geologi serta sistem pencarian dan perawatan air bawah tanah untuk bekalan air bersih, serta penyelidikan berkaitan makanan ternakan ruminan oleh penyelidik-penyelidik UMS. 

Penerangan mengenai hasil-hasil penyelidikan ini disampaikan sendiri oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly.

Antara hasil inovasi yang diketengahkan ialah ‘Batik Borneo’, yang mengetengahkan keunikan seni batik tempatan dengan motif tradisional Borneo, bertujuan memperluaskan pasaran produk ini ke persada antarabangsa.

Program tersebut turut menyaksikan penyampaian sumbangan Bakul Rahmah kepada masyarakat setempat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup golongan memerlukan. 

Selain itu, beberapa pensyarah turut berkongsi ilmu kepada komuniti melalui ceramah Asas Perniagaan yang disampaikan oleh Awang Ahmad serta ceramah Penggunaan Teknologi IoT dalam Pemakanan dan Kesihatan Ternakan oleh Dr. Razak Ali Lee.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Limbahau, Datuk Juil Nuatim.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here