Kota Kinabalu: Sabah telah menjual kargo minyak mentah keenamnya dari Terminal Minyak Mentah Labuan dengan anggaran hasil jualan melebihi RM100 juta.
Kargo minyak mentah kira-kira 300,000 tong mewakili hak SMJ Energy daripada 50 peratus kepentingannya dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang, yang dibeli pada Mei 2023.
Sehingga kini, Sabah telah menjual kargo minyak mentah keenam, menjana hampir RM800 juta hasil jualan terkumpul.
Urus niaga ini dijangka memberikan hasil mampan dalam tempoh 12 tahun akan datang, meningkatkan ekonomi Negeri dengan ketara.
Negeri ini terus mendapat manfaat daripada penyertaannya dalam sektor minyak dan gas di Sabah melalui pemeteraian Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas bertarikh 7 Dis 2021.
CCA memberikan negeri perkongsian hasil yang lebih besar, kata putus lebih besar dan penyertaan lebih besar dalam rantaian nilai minyak dan gas di Sabah.