Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Shahafiq diangkat Ikon Hari Sukan Negara Sandakan
Published on: Sunday, October 13, 2024
Published on: Sun, Oct 13, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Shahafiq diangkat Ikon  Hari Sukan Negara Sandakan
ANNABELL (ketiga dari kanan) menyampaikan anugerah Ikon HSN 2024 Sandakan kepada Shahafiq (tengah) sambal disaksikan yang lain.
SANDAKAN: Anak jati Sandakan yang juga Olahragawan Para Sukma 2024 Sarawak, Shahafiq Abdullah menerima Anugerah Ikon Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Daerah Sandakan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sandakan pada Sabtu.

Anugerah itu disampaikan Ahli Dewan Negara, Senator Annabell @ Suzieana Perian yang merasmikan HSN 2024 Sandakan.

Advertisement
Pada Para Sukma Sarawak 2024, Shahafiq memenangi empat emas bagi acara renang 100m gaya bebas S6, 100m kuak lentang S5/S6, 50m gaya bebas S6 dan 50m kuak kupu-kupu S6/S7 yang mana kesemuanya dengan mencipta rekod kebangsaan.

Shahafiq turut memenangi gangsa bagi acara 4×100m dan satu perak bagi 4×100m.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, berucap pada majlis itu, Annabell bangga dengan pencapaian Shahafiq dalam bidang sukan diceburinya.

Jelasnya ini juga memperlihatkan Sandakan mempunyai ramai atlet berbakat yang perlu terus digilap sehingga berjaya.

Advertisement
Manakala mengenai HSN, katanya, di seluruh negara, lebih dua juta masyarakat pelbagai lapisan latar belakang juga menyertainya.

Jelasnya, ia juga antara matlamat HSN yang dianjurkan kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat selain program rekreasi yang baik serta mampu memupuk perpaduan.

Advertisement
HSN 2024 Sandakan itu turut diisi 18 aktiviti sukan antaranya berjalan ria madani, senamrobik, larian, berbasikal, bola sepak dan yang lain dan ia disertai lebih 3,000 peserta yang melebihi sasaran untuk daerah tersebut.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Irman Tajuddin Edy yang mewakili Presiden MPS, Henry Idol merangkap Pengerusi Jawatankuasa HSN Peringkat Bahagian Sandakan dan Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, DSP Daniel Desmond Benjamin yang mewakili Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek.

Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Sandakan, Mohd Syahrin Ibrahim, Pegawai Pengelola KBS Sabah Bahagian Sandakan, Roland Henry Lindan dan Pengurus Kompleks Sukan Sandakan, Junaidi Salim.

Dalam pada itu, Shahafiq merakam penghargaan atas penerimaan anugerah ikon HSN 2024 Sandakan yang diberikan kepadanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here